7 Khasiat halia untuk kesihatan termasuk melambatkan proses penuaan.
Halia merupakan bahan yang berguna untuk kehidupan seharian kita. Ia bukan sahaja merupakan bahan asas dalam masakan tetapi juga dikenali dengan pelbagai manfaatnya untuk kesihatan kita.
1 .melambatkan penuaan ,halia boleh di jadikan ulam ulaman atau buat dalam bentuk sambal lagi sedap di campur belacan.Makan secara mentah yang paling berkhasiat.
Halia boleh menurunkan berat badan kita dengan membakar lemak dalam tubuh badan kita.
Untuk mendapatkan manfaat ini, anda boleh makan halia mentah. Jika sukar untuk anda, anda boleh mengambilnya dalam bentuk suplemen atau makanan tambahan kesihatan. Ini dapat membuat anda rasa kenyang bila memakannya, sekali gus membatasi pemakanan anda.
2. Hilangkan rasa pening kepala.
Halia juga dapat meredakan rasa pening dan loya. Jika anda mengalaminya, cubalah makan halia untuk menangani masalah itu dengan cara mengunyah nya sedikit.
3. Dapat mengurangkan kesakitan haid pada wanita.
Sesetengah wanita mungkin mengalami kesakitan dan rasa tidak selesa semasa datang bulan. Menurut beberapa kajian mengambil halia boleh membantu mengurangkan gejala kesakitan haid.
Jika anda sering merasakan nyeri iaitu rasa sakit macam ditusuk-tusuk sewaktu haid, anda boleh cuba makan halia .
4. Hilangkan rasa perut kembung.
Ada beberapa faktor yang mungkin menyebabkan kita menghadapi masalah perut kembung. Ini termasuk makan dalam kuantiti yang banyak, selalu makan makanan yang mengandungi banyak minyak.
Jika anda selalu mengalami masalah macam itu, cubalah minum secangkir teh halia. Ini dapat membantu melegakan perut anda yang dipenuhi oleh makanan
LAWAN PENYAKIT
Halia juga mencegah penyakit jantung dan angin ahmar, kerana ia mampu mengurangkan kadar kolestrol dan gula dalam darah. Sekali gus ini mampu menjaga kesihatan pembuluh darah anda.
Ia juga dipercayai dapat mencegah terbentuknya kristal atau batu pada organ hempedu.
Khasiatnya dikatakan menjadi lebih kuat jika dimakan dengan bahan-bahan lain seperti bawang merah dan bawang putih.
6. KUATKAN KEKEBALAN TUBUH.
Selalu rutin makan halia anda dapat memperkuatkan sistem kekebalan tubuh. Ini kerana kandungan vitamin C dan magnesium yang ada pada halia.
7. AWET MUDA JIKA SELALU DI MAKAN MENTAH.
Kalau nak melambatkan proses penuaan? Halia adalah antara bahan yang terbaik yang boleh membantu dalam hal itu. Ia mengandungi 40 sebatian antioksidan. Antioksidan dalam halia disebut sebagai mampu memelihara kolagen pada kulit anda.
dapat meningkatkan penggantian sel tubuh, sekali gus membantu menangani kulit yang sudah kendur.
Tu lah dia manfaat halia pada tubuh kita.
Boleh lah cuba sebagai makanan anda.
Atau pun buat sebagai air minuman.
![]() |
| Gambar hiasan |

Comments
Post a Comment